Tuntutan Filipina ke atas Sabah kepada Malaysia, 1962–2010 : analisis dari perspektif Filipina

Rammani Karupiah, and Mohd Firdaus Abdullah, (2022) Tuntutan Filipina ke atas Sabah kepada Malaysia, 1962–2010 : analisis dari perspektif Filipina. AKADEMIKA, 92 (2). pp. 169-185. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1465

Abstract

Artikel ini membincangkan tuntutan Filipina ke atas Sabah dari tahun 1962 sehingga 2010 berdasarkan perspektif Filipina secara keseluruhannya. Dalam tempoh yang dinyatakan, dapat dilihat isu tuntutan kerajaan Filipina ke atas Sabah kepada Malaysia telah mendominasi hubungan dua hala kedua-dua negara. Meskipun hubungan bilateral telah terjalin sejak Persekutuan Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957, isu tuntutan ini telah menjejaskan hubungan berkenaan. Bermula dari pemerintahan Macapagal sehingga Arroyo, pelbagai polisi dan dasar telah dibentuk oleh kerajaan Filipina dalam menangani isu tuntutan ke atas Sabah. Maka dengan itu, artikel ini ingin memberikan gambaran yang menyeluruh mengenai tuntutan ke atas Sabah bermula dari tahun 1962 sehingga 2010 daripada perspektif Filipina. Hasil kajian menunjukkan bahawa sejak tahun 1962 sehingga 2010, isu tuntutan ke atas Sabah telah berterusan secara konsisten. Isu tuntutan ke atas Sabah diakui telah menimbulkan ketegangan antara Filipina dengan Malaysia dalam tempoh yang dinyatakan. Namun begitu, di sebalik ketegangan yang berlaku, dapat dilihat bahawa beberapa pemimpin Filipina bersikap rasional dan profesional dalam tuntutan negara mereka ke atas Sabah kepada Malaysia. Isu tuntutan ke atas Sabah dilihat telah ‘direhatkan’ oleh kerajaan Filipina bagi menjamin hubungan diplomasi yang terjalin dengan Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Filipina; Malaysia; Sabah; ASEAN; Presiden Filipina
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19899
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2022 03:32
Last Modified:28 Sep 2022 15:20

Repository Staff Only: item control page