Solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah

Suraya Sintang, and Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, and Mohd Nazmi Mohd Khalli, and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, (2022) Solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah. AKADEMIKA, 92 (2). pp. 187-205. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1465

Abstract

Agama penting bagi membangun ikatan sosial dan mempunyai fungsi integratif bagi memperkukuh integrasi sosial dan membangkitkan semangat solidariti. Solidariti yang dipamerkan melalui kesungguhan sikap menolak kebencian dan menyuburkan kedamaian mampu menjamin kelangsungan hidup bersama antara pihak berbeza agama. Namun dalam usaha membina solidariti agama, ia kadangkala mencetuskan polemik apabila wujud tanggapan bahawa usaha ini cuba menyamaratakan agama atau mencampuradukkan ajaran agama. Solidariti agama bukan satu inisiatif untuk menyamaratakan atau mencairkan agama dengan mewujudkan ikatan akrab dengan pihak berbeza agama. Sebaliknya, solidariti agama menggambarkan kecenderungan untuk memilih perdamaian dan mengelakkan permusuhan kerana masyarakat saling bergantungan untuk mencapai kesepaduan sosial. Fenomena sosial ini dapat dilihat melalui cara hidup masyarakat Sabah yang tinggal di bandar mahupun di kawasan pedalaman. Kajian ini bertujuan memerihalkan solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah dengan mengetengahkan amalan dan contoh teladan (sharing good practices) yang dipamerkan melalui program libat sama masyarakat, keluarga campur yang berbeza agama dan hubungan sosial antara agama di pedalaman Sabah. Metode kualitatif diaplikasikan berdasarkan pengumpulan data daripada beberapa siri kajian lapangan di daerah Kota Kinabalu, Keningau, Kota Marudu, Tambunan dan Tenom. Kaedah temu bual secara bersemuka bersama informan utama daripada kalangan pemimpin agama Islam dan bukan Islam serta temu bual secara rawak bersama penduduk setempat di daerah terpilih bagi menjelaskan hubungan inter-komuniti antara pihak berbeza agama di Sabah. Kaedah pemerhatian ikut-serta di lapangan turut digunakan bagi menjelaskan aktiviti libat sama masyarakat dalam program forum, dialog dan lawatan ke rumah-rumah ibadah. Kesemua data yang diperoleh diolah dalam bentuk analisis tematik bagi menghuraikan fungsi agama sebagai pengukuh integrasi sosial dan pencetus semangat solidariti yang diperlihatkan melalui sikap kebersamaan antara pihak berbeza agama. Melalui sikap sebeginilah, masyarakat Sabah sering dilabel sebagai toleran dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi dalam menghadapi cabaran hubungan antara agama. Kajian ini merumuskan solidariti agama perlu disuburkan bagi menjamin kelangsungan keharmonian hidup bersama masyarakat Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Solidariti agama; Kesepaduan sosial; Hubungan inter-komuniti; Sabah; Libat sama masyarakat
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19900
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2022 03:40
Last Modified:28 Sep 2022 15:24

Repository Staff Only: item control page