Dasar luar Malaysia terhadap China sehingga era pentadbiran Pakatan Harapan : membina saling percaya dalam situasi geopolitik yang berubah

Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan, and Mohd Ikbal Mohd Huda, and Noraini Zulkifli, and Nurliana Kamaruddin, (2022) Dasar luar Malaysia terhadap China sehingga era pentadbiran Pakatan Harapan : membina saling percaya dalam situasi geopolitik yang berubah. AKADEMIKA, 92 (2). pp. 207-220. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
346kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1465

Abstract

Persaingan antara Amerika Syarikat dengan China ketika era ini adalah lebih kompleks berbanding ketika era Perang Dingin. Senario tersebut dapat dilihat melalui Perang Perdagangan, teknologi 5G, inisiatif projek mega, isu Laut China Selatan dan yang terbaharu ialah isu Covid-19. Malaysia telah mengambil pendekatan pragmatik dan lebih berhati-hati agar tidak terperangkap dengan persaingan kedua-dua buah kuasa tersebut. Walaupun begitu, buat pertama kali ketika era Pakatan Harapan (PH), Malaysia telah mengambil keputusan membatalkan projek mega kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), perbincangan semula kos pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan isu grey zone di Laut China Selatan. Peristiwa tersebut telah mewujudkan ketegangan hubungan bilateral Kuala Lumpur-Beijing. China bertindak menangguhkan sebarang bentuk kerjasama untuk menilai semula dasar luar Kuala Lumpur terhadap Beijing di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan. Walau bagaimanapun, Mahathir mengadakan rundingan semula dengan China untuk meneruskan projek-projek tersebut. Keputusan yang telah dijangka meninggalkan impak yang signifikan mengapa Malaysia meningkatkan keyakinan dan kerjasama dengan China walaupun berhadapan dengan ancaman keselamatan nasional. Objektif kajian ialah menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan hubungan bilateral diplomasi dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan temu bual. Skop kajian bermula pada tahun 1971 sehingga tahun 2018. Kajian mengaplikasikan teori realisme neoklasikal dan konsep keseimbangan ancaman kerana menghujahkan respon dan pendirian Malaysia terhadap China berdasarkan faktor ancaman, risiko dan peluang. Hasil kajian mendapati trend hubungan kerjasama bilateral Malaysia-China dipengaruhi oleh faktor kebolehpercayaan. Kedua, faktor kepimpinan dalam mengenal pasti konteks ancaman dan peluang turut mempengaruhi hubungan bilateral. Ketiga, keharmonian ekonomi, politik dan diplomatik memerlukan hubungan saling percaya dan kebergantungan seiring dengan order antarabangsa.

Item Type:Article
Keywords:China; Dasar luar; Geopolitik; Malaysia; Saling percaya
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19901
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2022 03:47
Last Modified:28 Sep 2022 15:15

Repository Staff Only: item control page