Cabaran kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia dalam pelaburan dan perdagangan era Tun Mahathir Mohamad (1981-2003)

Mohamad Akmal, (2019) Cabaran kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia dalam pelaburan dan perdagangan era Tun Mahathir Mohamad (1981-2003). e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (5). pp. 1-17. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
423kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1197

Abstract

Kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia era Tun Mahathir membangun dengan pesat terutama dalam sektor pelaburan dan perdagangan. Kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia banyak memfokuskan dalam sektor perladangan iaitu kelapa sawit dan getah. Indonesia mempunyai keluasan wilayah yang luas dan guna tenaga yang ramai menyebabkan Malaysia memilih Indonesia sebagai kawasan pelaburan terutama dalam sektor perladangan. Objektif kajian adalah mengkaji cabaran kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia dalam aktiviti pelaburan dan perdagangan ketika era Tun Mahathir. Kajian akan menganalisis hubungan kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia era Tun Mahathir dan membincangkan cabaran yang dihadapi dalam kerjasama ekonomi kedua-dua negara. Kaedah metodologi yang digunakan adalah kualitatif dan pendekatan analisis sejarah untuk mengenal pasti sesuatu dasar berpandukan analisis dokumen. Data yang digunakan adalah data yang diperolehi melalui sumber primer dan sumber sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa di era Tun Mahathir kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia lebih memfokuskan kepada aktiviti ekonomi huluan dan hiliran dalam sektor perladangan. Selain itu, cabaran utama yang dihadapi dalam hubungan ekonomi Malaysia dan Indonesia adalah ketika era Krisis Ekonomi Asia 1997 yang memberi kesan kepada pelaburan dan perdagangan Malaysia di Indonesia. Kajian menyimpulkan bahawa persekitaran ekonomi dunia mempengaruhi hubungan ekonomi Malaysia dan Indonesia diera Tun Mahathir terutama ketika Krisis Ekonomi Asia 1997.

Item Type:Article
Keywords:Perdagangan; Pelaburan; Ekonomi; Malaysia; Indonesia
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19904
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2022 06:11
Last Modified:28 Sep 2022 15:38

Repository Staff Only: item control page