Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands : kemenangan BN atau kekalahan PH?

Suresh Kumar N Vellymalay, (2019) Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands : kemenangan BN atau kekalahan PH? e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (5). pp. 1-14. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
421kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1197

Abstract

Artikel ini bertujuan membincangkan Pilihan Raya Kecil di Cameron Highlands dan pergelutan kerusi Parlimen antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Dalam PRK ini, calon BN telah memenangi dan mengekalkan kerusi tradisi Parlimen Cameron Highlands dengan mengalahkan calon PH. Sehubungan itu, artikel ini menerangkan beberapa faktor yang mendorong pengundi untuk mengundi BN; antaranya adalah faktor kesesuaian calon, faktor kesetiaan rakyat, kerjasama UMNO-PAS, politik perkauman dan faktor bangsa. Selain itu, artikel ini juga menerangkan beberapa faktor yang menghalang sokongan undi terhadap PH seperti kegagalan PH menunaikan janji dalam Manifesto PH dalam PRU 14, strategi kempen, kesesuaian calon, isu integriti dan penerimaan terhadap calon oleh pengundi. Berdasarkan faktor tarikan sokongan pengundi kepada BN dan faktor tolakan sokongan pengundi terhadap PH, beberapa pengajaran yang dapat dijadikan sebagai panduan daripada PRK Cameron Highlands turut dikemukakan.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan raya kecil; Pengundi; Kerusi Parlimen; Barisan Nasional (BN); Pakatan Harapan (PH)
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19913
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2022 07:19
Last Modified:28 Sep 2022 15:42

Repository Staff Only: item control page