Tahap pemprofesionalan bidang kejurubahasaan di Malaysia

Siti Aisyah Shaharudin, and Mohamed Zain Sulaiman, (2022) Tahap pemprofesionalan bidang kejurubahasaan di Malaysia. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 22 (2). pp. 141-159. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
304kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1518

Abstract

Walaupun mempunyai sejarah yang panjang, kejurubahasaan sebagai sebuah kerjaya profesional masih ketinggalan di banyak negara termasuk Malaysia. Secara umumnya, jurubahasa masih dianggap sebagai kerjaya separa profesional yang masih berstatus rendah dan belum berkembang menjadi kerjaya profesional sepenuhnya memandangkan ia masih belum memenuhi ciri-ciri sebuah kerjaya profesional. Kajian ilmiah sedia ada berkaitan pemprofesionalan bidang kejurubahasaan di Malaysia amat terhad dan agak ketinggalan. Sepanjang lebih satu dekad yang lalu tiada kajian susulan dilakukan. Kajian ini meninjau perkembangan terkini proses pemprofesionalan bidang kejurubahasaan di Malaysia dengan mengaplikasikan satu-satunya model pemprofesionalan yang dibangunkan khusus untuk bidang kejurubahasaan iaitu model Tseng (1992) dengan memberi tumpuan kepada tiga elemen: (1) institusi pendidikan dan latihan, (2) persatuan/organisasi berkaitan kejurubahasaan, dan (3) sokongan politik dan kerajaan. Kaedah penyelidikan utama yang digunakan adalah kajian dokumen (document review). Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun terdapat perkembangan yang positif, bidang kejurubahasaan di Malaysia, secara umumnya, masih memaparkan ciri-ciri kecelaruan pasaran, dengan ketiadaan badan yang mengawal selia kemasukan pasaran dan menetapkan kod etika jurubahasa. Malaysia kini boleh dikatakan berada di fasa pertama (kecelaruan), kedua (pendidikan dan latihan) dan ketiga (pengiktirafan) secara serentak dalam model pemprofesionalan Tseng. Ini kerana sebahagian elemen ketiga-tiga fasa ini wujud dalam bidang kejurubahasaan tempatan, namun masih belum mencapai tahap kematangan. Apa yang diharapkan adalah untuk pemegang taruh industri kejurubahasaan tempatan terutamanya persatuan dan organisasi berkaitan kejurubahasaan, organisasi yang menyediakan pendidikan dan latihan kejurubahasaan, dan kerajaan menggembleng tenaga untuk terus berusaha merealisasikan proses pemprofesionalan kerjaya kejurubahasaan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kejurubahasaan; Jurubahasa; Pemprofesionalan; Model Tseng; Malaysia
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:19925
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Sep 2022 01:30
Last Modified:28 Sep 2022 16:02

Repository Staff Only: item control page