Tahap penggunaan dan sikap terhadap bahasa kebangsaan di bandaraya Kuching, Sarawak

Wan Robiah Meor Osman, and Hamidah Abdul Wahab, and Remmy Gedat, and Rosnah Mustafa, and Siti Marina Kamil, and Rusmadi Baharudin, and Santrol Abdullah, (2022) Tahap penggunaan dan sikap terhadap bahasa kebangsaan di bandaraya Kuching, Sarawak. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 22 (2). pp. 160-184. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
572kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1518

Abstract

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara yang digunakan dalam pelbagai konteks, sama ada urusan rasmi, mahupun komersil. Penggunaan bahasa yang baik dan betul dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk sikap pengguna bahasa. Kajian ini meneliti tahap penggunaan bahasa kebangsaan (BK) di papan-papan tanda premis perniagaan, kain rentang dan gegantung di dua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kajian ini juga meninjau sikap orang awam terhadap penggunaan BK di tempat awam sekitar bandaraya Kuching. Kajian lapangan ini memanfaatkan gambar-gambar papan tanda premis perniagaan, kain rentang dan gegantung di sekitar Kuching, manakala soal selidik menggunakan Google Form diedarkan kepada 351 orangresponden. Data kajian dianalisis dengan menggunakan pendekatan Zaharani Ahmad et al. (2010) untuk melihat tahap penggunaan BK. Data daripada soal selidik pula memfokus kepada lima dimensi, iaitu (i) penguatkuasaan; (ii) kesetiaan bahasa; (iii) kebanggaan bahasa; (iv) norma bahasa; dan (v) iltizam (hasrat/harapan). Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan BK bagi kedua-dua PBT, iaitu DBKU dan MBKS bagi kategori premis perniagaan, kain rentang dan gegantung adalah sangat rendah dan kurang memuaskan. Dari segi sikap masyarakat terhadap BK, dapatan menunjukkan kebanyakan responden menyokong pemartabatan BK dalam paparan awam menerusi kelima-lima dimensi yang diteliti. Hal ini jelas menunjukkan bahawa responden mempunyai persetujuan yang tinggi terhadap kepentingan memartabatkan BK di Bandaraya Kuching. Implikasinya, usaha lebih gigih daripada pelbagai pihak terutamanya PBT untuk terus mengukuhkan penggunaan BK di kawasan pentadbirannya menerusi usaha-usaha pemantapan dan penguatkuasaan undang-undang amat perlu digiatkan kerana walaupun responden kajian menunjukkan sikap positif terhadap kepentingan pemartabatan BK di tempat awam, namun realiti dapatan menunjukkan tahap penggunaan BK berada pada tahap lemah.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa kebangsaan; Tahap penggunaan bahasa; Sikap bahasa; Norma bahasa; Pemartabatan bahasa
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:19926
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Sep 2022 01:35
Last Modified:28 Sep 2022 16:03

Repository Staff Only: item control page