Sorotan literatur bersistematik kajian bahasa komunikasi di internet dari sudut pragmatik

Sarah Nur Najwa Mohd Nasir, and Maslida Yusof, (2022) Sorotan literatur bersistematik kajian bahasa komunikasi di internet dari sudut pragmatik. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 22 (2). pp. 185-204. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
408kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1518

Abstract

Kemajuan teknologi yang memberi kemudahan internet di hujung jari semakin memudahkan situasi komunikasi di ruang digital di seluruh dunia termasuk Malaysia. Situasi komunikasi di ruang digital bukan sahaja melahirkan pelbagai budaya digital baharu, tetapi juga corak bahasa komunikasi baharu di internet. Kajian-kajian lepas mengenai situasi komunikasi di ruang digital telah bermula sejak dahulu tidak kira dari aspek bidang komunikasi, teknologi, mahupun bidang bahasa. Terdapat sarjana di Malaysia seperti Azianura Hani Shaari (2020), Nur Atikah Ibrahim dan Maslida Yusof (2020), dan Wan Nur Azira dan Maslida Yusof (2021) yang mengkaji tentang corak bahasa komunikasi di internet khususnya dalam perspektif pragmatik. Pengumpulan kajian lepas terhadap bahasa komunikasi di internet di negara Malaysia dari sudut pragmatik perlu diteliti dan ditinjau dengan lebih teratur. Himpunan kajian yang lebih teratur menggunakan kaedah sorotan literatur bersistematik ini menggunakan prosedur tertentu seperti protokol PRISMA untuk pemilihan artikel dalam dua pangkalan data besar iaitu Scopus dan Google Scholar. Sejumlah 18 artikel telah dipilih dan layak disintesis untuk dapatan kajian. Tinjauan terhadap artikel terpilih mendapati bahawa corak bahasa komunikasi di internet yang telah diterokai di Malaysia adalah slanga, bahasa rojak, percampuran kod, pertukaran kod, emoji, meme, ketidaksantunan bahasa dan bahasa sindiran. Platform sumber data yang dipilih oleh pengkaji lepas pula didominasi oleh Facebook. Perspektif pragmatik dalam sorotan literatur bersistematik ini menghuraikan aliran perkembangan pragmatik terkini yang mampu berkembang dengan lebih luas jika pengkaji di masa hadapan menerima bahasa komunikasi di internet sebagai satu variasi bahasa yang wajar dikaji.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa komunikasi internet; Bahasa internet; Pragmatik; Linguistik; Sorotan literatur bersistematik bahasa
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:19927
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Sep 2022 01:40
Last Modified:28 Sep 2022 16:04

Repository Staff Only: item control page