Kebolehgunaan penggunaan platform realiti maya Mozilla Hubs dalam pengurusan program pelajar

Lam, Meng Chun and Tan, Siok Yee and Nur Fazidah Elias, and Ruzzakiah Jenal, and Zainal Rasyid Mahayuddin, (2022) Kebolehgunaan penggunaan platform realiti maya Mozilla Hubs dalam pengurusan program pelajar. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 14 (1). pp. 25-37. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
675kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1460

Abstract

Berjuta pelajar di seluruh dunia telah beralih kepada pembelajaran dalam talian keranakekangan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19. Dalam konteks ini, teknologi persidangan video menjadi popular untuk menjalankan aktiviti pelajar. Namun, jika dibandingkan dengan pengalaman di dunia nyata, teknologi ini mempunyai beberapa kekurangan, terutama dalam kegiatan yang memerlukan kolaborasi dan kerja berpasukan. Semakin ramai akademik dan pendidik menggunakan sistem komunikasi realiti maya berasaskan avatar seperti Mozilla Hubs untuk membekalkan persidangan video dengan elemen aktiviti sosial dan pendidikan. Untuk menilai kebolehgunaan platform realiti maya, pertandingan idea aplikasi mudah alih dalam talian dianjurkan oleh kelab Mobile Application Development, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menggunakan Mozila Hubs. Para peserta menyampaikan idea mereka menggunakan poster, slaid PowerPoint dan video. Kesemua dua puluh peserta termasuk ahli jawatankuasa diminta untuk memberikan maklum balas mereka melalui soal selidik kebolehgunaan termasuk soalan terbuka untuk mengkaji kelebihan dan kekurangan platform Mozilla Hubs. Berdasarkan penilaian, peserta bersetuju bahawa platform Mozilla Hubs adalah platform yang sesuai untuk digunakan pada masa akan datang untuk menganjurkan aktiviti. Ia dapat meningkatkan keseronokan peserta dengan ciri unik dalam persekitaran maya. Walau bagaimanapun, Internet yang stabil dan penggunaan peranti fon telinga diperlukan untuk komunikasi yang lancar semasa program maya.

Item Type:Article
Keywords:Aktiviti pelajar; Kebolehgunaan; Mozilla Hubs; Platform realiti maya; Peristiwa maya
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:19944
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Sep 2022 07:20
Last Modified:28 Sep 2022 16:26

Repository Staff Only: item control page