Mawar Wahid, and Siti Fadzilah Mat Noor, and Hazura Mohamed, (2022) Teknologi realiti terimbuh aplikasi mudah alih anatomi jantung manusia. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 14 (1). pp. 201-221. ISSN 1985-5826
|
PDF
894kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1460
Abstract
Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Realiti Terimbuh Anatomi Jantung Manusia adalah untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran secara mudah alih yang digunakan oleh pelajar matrikulasi yang mengambil subjek Biologi. Aplikasi ini adalah untuk pelajar matrikulasi bagi menambahkan lagi kefahaman tentang anatomi jantung manusia seiring dengan silibus Biologi peringkat matrikulasi melalui teknologi realiti terimbuh (Augmented Reality) dan pendekatan gamifikasi. Tidak semua pelajar mempunyai keupayaan mengingati sesuatu dengan mudah dan cepat jika tidak mempunyai visual yang jelas terhadap sesuatu objek kerana kebanyakan bahan pembelajaran yang disediakan adalah dalam bentuk 2D. Hal ini kerana majoriti pelajar menggunakan buku ataupun video sebagai bahan rujukan mereka. Penyelesaian yang dicadangkan ialah aplikasi yang menyediakan modul mengandungi imej berbentuk 3D yang membolehkan pelajar memutarkan visual jantung manusia dengan penerapan elemen animasi pada persekitaran realiti terimbuh. Selain itu, aplikasi ini menggunakan elemen gamifikasi dengan menyediakan modul latihan berbentuk kuiz pemain tunggal dan multi pemain yang mampu menarik minat pelajar dan meningkatkan motivasi pelajar tentang topik yang dipelajari. Metodologi kajian ini merangkumi fasa keperluan, reka bentuk, implementasi dan pengujian. Pengujian kebolehgunaan telah dilaksanakan terhadap 25 pengguna terdiri daripada pelajar matrikulasi merangkumi pelajar program satu tahun dan dua tahun. Hasil pengujian menunjukkan Aplikasi Mudah Alih Realiti Terimbuh Anatomi Jantung Manusia diterima oleh sebilangan besar pengguna.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Gamifikasi; Kebolehgunaan; Realiti terimbuh |
Journal: | Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education |
ID Code: | 19950 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Sep 2022 07:57 |
Last Modified: | 28 Sep 2022 16:42 |
Repository Staff Only: item control page