Kualiti dan potensi bagi tipologi ruang awam terbuka di bawah jejambat dalam konteks bandar lama Kuala Lumpur kajian kes : kawasan LRT Pasar Seni

Nurul Nazifa Nordin, and Mohd Iskandar Abd Malek, (2022) Kualiti dan potensi bagi tipologi ruang awam terbuka di bawah jejambat dalam konteks bandar lama Kuala Lumpur kajian kes : kawasan LRT Pasar Seni. Jurnal Kejuruteraan, 34 (2). pp. 277-298. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
5MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-3402-2022/

Abstract

Kewujudan ruang awam terbuka menjadikan sesuatu bandar itu lebih bertenaga dan lestari untuk penduduk sekitarnya. Namun begitu, masih terdapat ruang terbiar yang tidak dimanfaatkan seperti ruang bawah jejambat walaupun mempunyai potensi yang besar bagi kegunaan masyarakat setempat. Ruang-ruang terbiar bawah jejambat ini telah memutuskan jaringan perhubungan di antara kawasan-kawasan kejiranan dan menjadi tempat berlakunya aktiviti gejala sosial. Hal ini telah mengakibatkan kelemahan dari aspek perancangan bandar dan menggalakkan terhasilnya “lost spaces” yang mencacatkan lagi fabrik bandar yang sedia ada. Oleh itu, kertas kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti kualiti dan mengkaji potensi bagi tipologi ruang awam terbuka bawah jejambat. Kawasan bagi kajian ini adalah di Stesen LRT Pasar Seni bagi Laluan Kelana Jaya di Bandar Lama Kuala Lumpur. Bagi mengumpul data-data dalam melengkapkan kertas kajian ini, metod kualitatif iaitu kajian lapangan serta pemerhatian dan juga metod kuantitatif iaitu kajian soal selidik bersama 30 pengguna ruang awam terbuka di bawah jejambat dijalankan untuk mengetahui pendapat mereka tentang ruang tersebut. Selain itu, metod kualitatif seperti temu bual bersama 10 responden dan pendokumentasian dari segi gambar-gambar direkod sebagai bahan rujukan dalam mengenal pasti kualiti ruang awam terbuka ini dari segi aksesibiliti, kepelbagaian, kebolehbacaan, fleksibiliti dan ketahanan, keselamatan serta identiti dan makna ruang. Hasil dapatan darikajian ini menunjukkan bahawa jejambat jalan raya yang dibina mampu memudahkan dan mempercepatkan pergerakan orang awam namun telah mengakibatkan wujudnya ruang-ruang awam terbiar di sekitar bandar. Melalui kertas kajian ini, pihak-pihak berkaitan yang terlibat dapat memperolehi input mengenai kualiti ruang awam terbuka ini dan mengenal pasti potensi sebenar ruang tersebut dalam menjadi ruang awam yang dapat digunakan oleh penduduk tempatan dan juga pengunjung luar.

Item Type:Article
Keywords:Public open space; Flyovers; Quality; Potential
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:19967
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2022 02:53
Last Modified:01 Oct 2022 15:49

Repository Staff Only: item control page