Penggunaan kaedah aliran angin untuk mengatasi masalah kecacatan produk plastik

Norjamalullail Tamri, and Rozli Zulkifli, (2022) Penggunaan kaedah aliran angin untuk mengatasi masalah kecacatan produk plastik. Jurnal Kejuruteraan, 34 (2). pp. 299-307. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
780kB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-3402-2022/

Abstract

Kecacatan produk plastik adalah satu mimpi ngeri untuk setiap pekerja di sektor pengilangan proses pengacuan suntikan. Kecacatan produk seperti produk tidak penuh (short mould), kesan terbakar (burn mark), lebihan (flashing), kesan melengkung (warping), kesan gelombong udara (bubble) dan sebagainya. Aliran angin (air vent) adalah satu saluran atau longkang yang dibuat pada permukaan acuan, di tengah batang ejektor, di celah sambungan blok di dalam acuan atau ditempat-tempat yang sesuai. Aliran ini dibuat semasa proses pemasangan acuan baru atau selepas acuan dipasang atau semasa acuan sedang dijalankan mengikut kesesuaian keperluan. Kedudukan serta saiz aliran angin ditentukan mengikut analisa perjalanan bahan mentah (menggunakan software seperti Moldflow) ataupun berdasarkan pengalaman pembuat acuan ataupun menggunakan kaedah cuba dan guna (trial and error) yang biasa dilakukan setelah produk mengalami masalah. Jika kadar masa yang diambil adalah kurang dari masa yang diperlukan semasa bahan leburan dimasukkan (S2 >S1), maka ia boleh dikatakan udara tidak dapat dilepaskan semasa bahan leburan dimasukkan ke dalam rongga acuan.Maka ini akan menghasilkan produk yang mempunyai masalah. Kajian dijalankan secara rujukan kertas ilmiah dan empat(4)kes secara praktikal diberikan. Selepas pengubahsuaian untuk setiap kes yang dibentangkan, banyak kebaikan yang diperolehi dari segi masa dan jumlah kecacatan yang dihasilkan. Tetapi proses ini hanya dapat dikekalkan jika pembersihkanacuan dan jangka hayat untuk penyelengaraan minor haruslah dilakukan untuk mengelakan saluran aliran angin (air vent)dari tertutup. Dari segi kos operasi pula kadar penurunan jumlah produk yang cacat berkurangan dengan ketara sekalididalam kes pengubahsuaian penambahbaikan.

Item Type:Article
Keywords:Aliran angin; Produk plastic; Kecacatan produk; Pengacuan suntikan; Acuan suntikan
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:19968
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2022 02:58
Last Modified:01 Oct 2022 15:50

Repository Staff Only: item control page