Pemberitaan akhbar Kosmo dan Berita Harian : analisis kandungan ke atas berita siber

Nurul Najihah Azis, and Muhammad Adnan Pitchan, (2019) Pemberitaan akhbar Kosmo dan Berita Harian : analisis kandungan ke atas berita siber. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (3). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
307kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Akhbar merupakan salah satu komponen yang berpengaruh dalam membantu masyarakat untuk mendapatkan pelbagai maklumat penting. Ia juga bertindak sebagai wadah untuk rakyat terus memberikan pendapat seperti kebanyakan negara di dunia, akhbar juga merupakan media cetak yang utama di Malaysia dan tergolong di dalam media yang tertua di dunia. Berita yang diterbitkan oleh sesebuah organisasi akhbar juga mempunyai implikasi, kerana berita boleh meluaskan fahaman dan pengaruh kepada pembaca terutamanya yang berhubungkait dengan isu-isu yang berat seperti berita siber. Berita siber merupakan berita yang mengupas isu-isu teknologi internet masa kini dengan pelbagai kes yang pernah dilaporkan. Corak pemberitaan dalam laporan berita memainkan peranan di dalam menentukan kuasa para wartawan semasa menulis sesuatu isu. Kajian ini berobjektif untuk melihat corak pemberitaan akhbar di dalam pemaparan berita siber mengikut pecahan tema yang dinilai. Antara tema yang dinilai ialah kekerapan pemaparan berita, lokaliti berita, ruangan penempatan berita, jumlah perenggan, jenis bahan berita, tujuan berita, kecenderungan berita, dan jenis berita siber. Kajian ini dijalankan mengikut kaedah kuantitatif yang menggunakan teknik analisis kandungan ke atas akhbar Kosmo dan Berita Harian sepanjang Jun 2018 Hingga November 2018. Hasil Kajian menunjukkan kekerapan pemaparan berita siber mengikut tema yang dinilai. Selain itu, perbandingan mendapati Kosmo lebih kerap memaparkan corak pemberitaan berita siber berbanding Berita Harian.

Item Type:Article
Keywords:Corak pemberitaan; Akhbar; Analisis kandungan; Pemaparan berita; Berita siber
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19973
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2022 04:25
Last Modified:01 Oct 2022 16:00

Repository Staff Only: item control page