Valide Sultan : golongan harem paling berpengaruh dalam pentadbiran Dawlah cUthmāniyyah

Nurul Syafina Rosman, and Ermy Azziaty Rozali, (2019) Valide Sultan : golongan harem paling berpengaruh dalam pentadbiran Dawlah cUthmāniyyah. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (3). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
643kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Pengaruh dan campur tangan golongan harem terutamanya valide sultan dalam politik Dawlah cUthmāniyyah membawa kepada satu corak pentadbiran yang berlainan daripada sebelumnya. Keterlibatan mereka telah membawa kepada era ‘kesultanan wanita’ iaitu kuasa dan urusan dawlah berada di bawah pengaruh mereka. Pada ketika itu sultan hanyalah pada nama sahaja tanpa sebarang kekuasaan mutlak dan mereka hanya mengikut segala arahan serta perintah valide sultan. Tumpuan kajian ini adalah kepada pengaruh golongan harem iaitu valide sultan semasa era ‘kesultanan wanita’ pada abad ke-16 dan abad ke-17. Objektif kajian adalah untuk menganalisis bentuk pengaruh valide sultan dalam struktur pentadbiran dawlah cUthmāniyyah. Kajian ini berpandukan kepada kajian kualitatif yang berbentuk kajian sejarah dengan mengaplikasikan kaedah kritikan dalaman. Hasil kajian mendapati bahawa valide sultan mempunyai pengaruh yang besar disebabkan oleh kelemahan para sultan pada ketika itu. Seterusnya situasi ini telah membuka peluang kepada mereka untuk berkuasa dalam beberapa aspek pentadbiran seperti pelantikan sultan, pegawai kerajaan dan pengurusan wakaf.

Item Type:Article
Keywords:Valide sultan; Harem; ‘Kesultanan wanita’; Dawlah cUthmaniyyah
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19975
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2022 04:35
Last Modified:01 Oct 2022 16:03

Repository Staff Only: item control page