Nurul Marliana Baderol, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2019) Sosiologi dalam drama Bulan Belum Kelam karya Roziah Adama. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (3). pp. 1-17. ISSN 2600-9501
|
PDF
425kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...
Abstract
Bulan Belum Kelam merupakan karya Roziah Adama yang mengisahkan dua wanita warganegara Indonesia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan matlamat dan cita-cita mereka tercapai. Sehubungan itu, dengan menggunakan pendekatan sosiologi yang dipelopori oleh Karl Marx, kajian ini bertujuan menjawab persoalan, apakah isu-isu sosial yang disampaikan oleh penulis dalam drama ini? Kajian jenis fundamental dengan rekabentuk kualitatif digunakan bagi menjawab persoalan tersebut. Manakala analisis kandungan dipilih sebagai instrumen kajian utama untuk memperoleh data daripada skrip drama, artikel, jurnal, internet dan kajian lepas. Kertas kerja ini merakamkan dapatan kajian bahawa penulis mengangkat isu sosial dalam masyarakat seperti, kejujuran dalam masyarakat, kepatuhan isteri kepada suami, kasih sayang, masyarakat yang gemar tunjuk-menunjuk, tolong-menolong, kesyukuran, kahwin awal/kahwin muda, budaya melepak, dan masyarakat yang sanggup melakukan perkara yang dilarang untuk mencapai cita-cita. Manakala isu politik adalah tentang dinamik kuasa antara golong pemerintah dan diperintah. Sementara itu, isu ekonomi pula menyentuh tentang kedaifan tempat tinggal dan jenis pekerjaan warga pendatang Indonesia di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bulan Belum Kelam; Kritikan drama; Roziah Adama; Pendekatan sosiologi; Penulisan skrip |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 19976 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 26 Sep 2022 04:40 |
Last Modified: | 01 Oct 2022 16:04 |
Repository Staff Only: item control page