Pengaruh personaliti terhadap kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pemimpin mahasiswa

Siti Nurashikin Nizam, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, (2019) Pengaruh personaliti terhadap kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pemimpin mahasiswa. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (3). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
482kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Alam pekerjaan adalah sebuah dunia yang bukan lagi ditentukan oleh kemampuan dan kebolehan menjawab soalan seperti dalam peperiksaan semata-mata. Malah ianya juga dipengaruhi oleh kehendak peribadi individu, keperluan atau hasrat orang lain iaitu organisasi dan masyarakat, minat, kebolehan serta kemahiran yang dimiliki. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengkaji pengaruh personaliti terhadap kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pemimpin mahasiswa UKM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk survei yang melibatkan seramai 147 orang responden dalam kalangan pemimpin mahasiwa Universiti Kebangsaan Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal-selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu demografi responden, Big Five Inventory (BFI) dan Skala Kebolehsuaian Kerjaya (CAAS). Data yang didapati dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu korelasi Pearson dan Regresi. Hasil keputusan mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti dan kebolehsuaian kerjaya. Secara kesimpulannya, dapatan ini menunjukkan bahawa personaliti mempengaruhi jenis kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan mahasiswa.

Item Type:Article
Keywords:Personaliti; Kebolehsuaian kerjaya; Pemimpin; Mahasiswa; Regresi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19977
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2022 04:44
Last Modified:01 Oct 2022 16:06

Repository Staff Only: item control page