Struktur dramatik Buang karya Roziah Adama

Shafizah Mohd Fauzi, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2019) Struktur dramatik Buang karya Roziah Adama. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (3). pp. 1-19. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
402kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Drama Buang oleh Roziah Adama telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia Dewan Sastera, pada 2015. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan meneliti kekuatan struktur dramatik Buang. Bagi menjawab persoalan ini lima daripada enam elemen Aristotle iaitu, tema, plot, watak, bahasa dan kekaguman diaplikasi bagi meneliti skrip Buang. Data artikel ini diperolehi daripada kaji jenis fundamental dengan reka bentuk kajian kualitatif. Dapatan kajian ini ialah antara kekuatan drama Buang adalah pemaparan dua watak yang memainkan peranan penting bagi menghidupkan jalan cerita. Buang jelas mengangkat tema masalah sosial, iaitu isu masyarakat terpinggir dalam bandar, manakala plot drama ini berbentuk linear kerana jalan ceritanya berdasarkan urutan masa. Dari segi watak pula, drama ini hanya menampilkan watak protagonis dan antagonis pada permulaan cerita sehingga ke penamat cerita. Drama Buang juga telah menggunakan bahasa mengikut peredaran zaman kini iaitu gaya bahasa yang terdiri daripada sinkof, perlambangan, simpulan bahasa serta bahasa kasar. Dalam elemen kekaguman pula terdapat set dan prop, kostum, kesan khas dan pencahayaan. Format penulisan drama ini dapat dijadikan garis panduan bagi penulisan drama yang berstandard tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Buang; Drama Melayu; Kritikan drama; Roziah Adama; Teori enam elemen Aristotle
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19978
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2022 04:48
Last Modified:01 Oct 2022 16:07

Repository Staff Only: item control page