Pengurusan kewangan usahawan : kajian kes usahawan KADA di Kota Bahru, Kelantan

Nurainsah Sepeai, and Zaimah Ramli, (2019) Pengurusan kewangan usahawan : kajian kes usahawan KADA di Kota Bahru, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (3). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
293kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Pengurusan kewangan memainkan peranan utama kepada setiap individu, begitu juga kepada seorang usahawan. Sebagai seorang usahawan yang memilik sebuah perniagaan, pengurusan kewangan penting bagi melancarkan perjalanan sesebuah perniagaan. Pengurusan kewangan yang tidak sistematik dan efisien akan menyebabkan berlakunya masalah, seperti ketirisan kewangan, penyelewangan dan ketidakstabilan kewangan. Perkara ini akan memberi impak negatif kepada pengurusan kewangan perniagaan. Maka, satu kajian perlu dilakukan ke atas usahawan yang berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). Objektif kajian adalah mengukur tahap pengurusan kewangan usahawan KADA. Kajian ini berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Teknik persampelan bertujuan akan diaplikasikan dalam pengutipan data. Sasaran sampel kajian adalah 80 orang usahawan KADA di Kota Bharu, Kelantan. Data yang diperolehi akan dianalisis secara diskriptif. Jangkaan hasil kajian adalah sebahagian usahawan masih lemah dalam pengurusan kewangan perniagaan mereka. Hal ini memerlukan perhatian serius dan tindakan segera daripada pihak KADA dan usahawan itu sendiri. Semua ini perlu bagi meningkatkan tahap kemahiran pengurusan kewangan agar ia tidak menjadi satu masalah besar kepada usahawan berkenaan.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan kewangan; Pengetahuan; Kemahiran; Sikap; Usahawan KADA
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19979
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2022 06:11
Last Modified:01 Oct 2022 16:08

Repository Staff Only: item control page