Pengetahuan tingkahlaku seksual dalam kalangan pelajar pra-universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Terengganu

Nur Hazilla Mustafa, and Nur Saadah Mohamad Aun, (2019) Pengetahuan tingkahlaku seksual dalam kalangan pelajar pra-universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (3). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
356kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Perbincangan mengenai seks dilihat menjadi satu tabu dalam masyarakat Malaysia. Namun, peningkatan kes yang membabitkan sumbang mahram dan mengandung luar nikah menyebabkan kajian-kajian mengenai pengetahuan seks dilihat perlu diperbanyakkan lagi. Oleh itu, kertas kerja ini adalah bagi membentangkan kajian berkenaan pengetahuan tingkah laku seks dalam kalangan pelajar Pra-Universiti. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti pengetahuan tentang tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar Pra-Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan temubual mendalam. Pensampelan yang digunakan kajian ini ialah pensampelan bertujuan dengan memilih lapan orang responden yang terdiri daripada empat orang pelajar lelaki dan empat orang pelajar perempuan. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan kebanyakan responden mengenai seksualiti adalah rendah, sama ada responden lelaki mahupun perempuan. Responden juga tidak diberi pengetahuan asas mengenai seks daripada ibu bapa atau keluarga tetapi mereka memperolehi pengetahuan tersebut daripada rakan-rakan dan media sosial dan terdapat juga responden yang tidak tahu kesan daripada terjebak dengan amalan seks di usia muda. Hasil kajian ini dilihat dapat membantu pihak sekolah untuk mengenal pasti keperluan dan permasalahan pelajar dalam menangani isu-isu berkaitan dengan tinglah laku seksual.

Item Type:Article
Keywords:Pengetahuan; Tingkah laku; Seks; Pelajar pra-Universiti Terengganu; Kualitatif
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19980
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2022 06:34
Last Modified:01 Oct 2022 16:09

Repository Staff Only: item control page