Tahap minat dan penerimaan murid terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran gamifikasi dalam subjek bahasa Melayu sekolah rendah

Nor Hadibah Hushaini, and Zulkifli Osman, and Anida Sarudin, and Husna Faredza Mohamed Redzwan, (2022) Tahap minat dan penerimaan murid terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran gamifikasi dalam subjek bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 12 (2). pp. 72-81. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
576kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru mestilah terkini dengan inovasi teknologi semasa bagi melahirkan murid yang berkebolehan abad ke-21. Bahan PdP berasaskan gamifikasi ialah sejenis bahan PdP abad ke-21 yang menggabungkan kandungan pembelajaran dengan mekanik permainan. Matlamat kajian ini adalah untuk menentukan sejauh mana minat dan penerimaan murid terhadap penggunaan bahan PdP berasaskan gamifikasi dalam PdP Bahasa Melayu. Dalam kajian ini, metodologi kajian kuantitatif telah digunakan. Kajian ini melibatkan 120 orang murid tahun lima dari sebuah sekolah rendah. Persampelan rawak mudah bertujuan digunakan untuk memilih responden. Dapatan kajian mendedahkan bahawa murid sekolah rendah mempunyai tahap minat yang tinggi, iaitu dengan tafsiran min 3.96. Selain itu, tahap penerimaan murid terhadap bahan berasaskan gamifikasi juga menunjukkan tafsiran min yang tinggi, iaitu 3.92. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan PdP berasaskan gamifikasi adalah positif di sekolah rendah tersebut. Implikasi kajian ini akan membuka ruang kepada kajian mengenai reka bentuk pembelajaran Bahasa Melayu berasaskan gamifikasi yang mempunyai prospektif tinggi untuk diplikasikan dalam konteks PdP Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Minat; Penerimaan murid; Gamifikasi; Bahasa Melayu; Pengajaran dan pembelajaran
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:19981
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2022 07:05
Last Modified:01 Oct 2022 16:12

Repository Staff Only: item control page