Pembangunan modul pengajaran simpulan bahasa : analisis keperluan guru

Muhammad Faez Nurazman Amrullah, and Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad, and Zamri Mahamod, (2022) Pembangunan modul pengajaran simpulan bahasa : analisis keperluan guru. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 12 (2). pp. 82-93. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
591kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Proses pengajaran dan pembelajaran simpulan bahasa mempunyai cabaran yang besar untuk diajar kepada murid Sekolah Amanah yang mempunyai kepelbagaian latar belakang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan pembangunan sebuah modul pengajaran simpulan bahasa berasaskan pendekatan semantik inkuisitif dan pengajaran terbeza melalui sebuah analisis keperluan. Kajian kualitatif menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur dijalankan terhadap 3 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di Sekolah Amanah sebagai alat pengumpulan data. Dapatan kajian telah dianalisis dalam bentuk tematik menggunakan aplikasi Atlas.ti bermula dengan pengekodan segmen teks dan menetapkan label kod dan kemudiannya dikodkan kepada bentuk tema mengenai amalan pengajaran simpulan bahasa dan pengajaran terbeza, masalah pengajaran simpulan bahasa dan pengajaran terbeza serta keperluan pembangunan modul. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru telah menggunakan kaedah gambar kerana merupakan kaedah yang paling berkesan. Guru juga telah memastikan keadilan diberikan terhadap murid melalui pengajaran mengikut tahap, aktiviti serta bahan yang disandarkan mengikut kesediaan, minat dan profil murid. Namun, masalah sumber pengajaran untuk melaksanakan pengajaran simpulan bahasa dan pengajaran terbeza menjadi cabaran utama kepada guru. Dapatan kajian juga menjelaskan bahawa perlunya untuk membangunkan sebuah modul pengajaran untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan. Pembangunan modul ini membantu guru melaksanakan pengajaran simpulan bahasa yang berupaya membantu murid mentafsir makna secara mendalam hingga dapat meneroka akal budi penuturnya dan memberikan keadilan terhadap kepelbagaian murid melalui strategi pengajaran yang inovatif.

Item Type:Article
Keywords:Simpulan bahasa; Semantik inkuisitif; Pengajaran terbeza; Sekolah Amanah; Modul
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:19982
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2022 07:10
Last Modified:01 Oct 2022 16:13

Repository Staff Only: item control page