Minat dan persepsi murid Melayu daripada keluarga sosioekonomi tinggi di sebuah sekolah antarabangsa terhadap pembelajaran bahasa Melayu

Nor Ashikin Hedzir, and Heritos Muling, and Siti Aishah Sembai Aban Abdullah, (2022) Minat dan persepsi murid Melayu daripada keluarga sosioekonomi tinggi di sebuah sekolah antarabangsa terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 12 (2). pp. 94-101. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
668kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dalam konteks pendidikan di Malaysia. Di sekolah antarabangsa, Bahasa Melayu ialah bahasa kedua kepada murid-murid warganegara Malaysia yang belajar di sekolah antarabangsa tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka minat murid pembelajaran Bahasa Melayu dalam murid kaum Melayu yang datang daripada keluarga sosioekonomi tinggi (Top 20- T20) di belajar di sebuah sekolah antarabangsa. Seramai tiga orang murid keluarga T20 dijadikan peserta kajian. Ketiga-tiga peserta kajian berumur 11 tahun dan kesemua mereka ialah murid lelaki. Kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen. Data temu bual dianalisis secara bertema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid T20 ini tidak berminat belajar Bahasa Melayu. Mereka beranggapan Bahasa Melayu tidak penting dan membosankan. Ibu bapa murid Melayu T20 tidak ada masa, sibuk bekerja, tidak bertutur dalam Bahasa Melayu sebaliknya bertutur bahasa Inggeris di rumah. Implikasi daripada kajian ini ialah Bahasa Melayu tidak penting bagi murid-murid yang belajar di sekolah antarabangsa, termasuk dalam kalangan murid kaum Melayu. Faktor sosioekonomi murid yang datang daripada keluarga T20 banyak mempengaruhi penggunaan Bahasa Melayu, terutamanya di rumah. Oleh itu, guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah antarabangsa perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar murid-murid T20 ini berminat, berasa seronok dan bermotivasi untuk belajar Bahasa Melayu. Sikap negatif mereka terhadap Bahasa Melayu yang dianggap tidak penting dan membosankan perlu diatasi melalui pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan.

Item Type:Article
Keywords:Keluarga sosioekonomi tinggi; Sekolah antarabangsa; Bahasa kedua; Pembelajaran Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:19983
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2022 07:14
Last Modified:01 Oct 2022 16:14

Repository Staff Only: item control page