Sikap dan faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar Bajau Ubian terhadap pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian

Steven Frennandes Aping, and Muhamad Amir Asyraf Abdul Rahim, and Muhammad Norhazim Izman, (2022) Sikap dan faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar Bajau Ubian terhadap pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 12 (2). pp. 102-117. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
426kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Pandemik COVID-19 yang melanda negara telah memberi impak kepada beberapa sektor, terutamanya terhadap sektor pendidikan. Pembelajaran secara fizikal terpaksa ditukar kepada pembelajaran secara dalam talian bagi menjamin keselamatan warga pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka sikap pelajar Bajau Ubian terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dalam talian. Kajian ini turut meninjau faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar Bajau Ubian terhadap pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif. Seramai tiga orang pelajar Bajau Ubian dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual melalui Google Meet sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian mendapati kesediaan pelajar, minat pelajar dan disiplin pelajar merupakan sikap pelajar Bajau Ubian terhadap pembelajaran Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kedua pelajar Bajau Ubian. Dari aspek motivasi pelajar pula, terdapat tiga faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar, iaitu sikap guru yang kurang bersemangat dan kurang bermotivasi, persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif, dan subjek Bahasa Melayu sebagai wajib lulus. Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu perlu kreatif dalam menarik minat pelajar Bajau Ubian untuk berminat dan bermotivasi belajar Bahasa Melayu walaupun belajar secara dalam talian.

Item Type:Article
Keywords:Sikap; Motivasi; Pembelajaran dalam talian; Bahasa kedua
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:19984
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2022 07:20
Last Modified:01 Oct 2022 16:15

Repository Staff Only: item control page