Tahap pemahaman dan integriti guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah

Ashma Said, and Darayani Johari, and Noor Marina Yunus, and Nurhidayah Mat Husin, (2022) Tahap pemahaman dan integriti guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 12 (2). pp. 118-124. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
556kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk melihat tahap pemahaman dan integriti guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) di peringkat sekolah rendah. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Responden kajian terlibat seramai 103 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Tuaran, Sabah. Instrumen soal selidik berbentuk Google Form telah digunakan dalam kajian ini. Data dikumpul dan dihuraikan secara deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan nilai skor min yang tinggi bagi aspek tahap pemahaman dan integriti guru bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD adalah tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah mempunyai tahap pemahaman dan integriti yang tinggi dalam melaksanakan PBD di sekolah. Tahap pemahaman dan integriti yang tinggi amat diperlukan dalam memastikan pelaksanaan PBD yang dijalankan oleh setiap sekolah adalah telus dan bertanggungjawab. Kajian ini diharap dapat membantu pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM dalam usaha untuk memastikan PBD dapat dilaksanakan secara berintegriti dan beretika oleh setiap guru yang diamanahkan.

Item Type:Article
Keywords:Pentaksiran bilik darjah; Tahap pemahaman; Tahap integriti; Guru sekolah rendah; Guru bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:19985
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2022 07:24
Last Modified:01 Oct 2022 16:16

Repository Staff Only: item control page