Norfaizal Jamain, and Samsur Rijal Yahaya, and Muhammad Saiful Haq Hussin, (2022) Strategi pembelajaran kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti Malaya. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 12 (2). pp. 125-134. ISSN 2180-4842
|
PDF
754kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...
Abstract
Terdapat pelajar yang keliru ketika mempelajari bahasa Melayu dengan menggunakan pelbagai strategi untuk memperoleh pengetahuan dan memahami konsep serta makna yang diungkapkan. Kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini lebih kepada kajian pembelajaran bahasa Melayu secara menyeluruh. Maka kajian ini lebih memfokuskan kepada pembelajaran berkaitan kosa kata bahasa Melayu sahaja. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti kekerapan strategi pembelajaran kosa kata bahasa Melayu oleh pelajar antarabangsa serta menghuraikan setiap item kategori strategi tersebut. Bagi meneliti masalah ini, borang soal selidik yang direka berdasarkan kepada Strategi Pembelajaran Kosa Kata daripada Taksonomi Schmitt, (1997) telah dibentuk. Borang soal selidik yang merangkumi 30 item berkaitan strategi pembelajaran kosa kata telah diedarkan kepada pelajar melalui dalam talian. Dapatan data telah dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 26.0 untuk meneliti min, sisihan piawai dan interpretasi kajian. Hasil kajian mendapati pelajar antarabangsa lebih memilih untuk menggunakan strategi Memori dengan nilai min 4.00 dan sisihan piawai 1.04 dan memperoleh tahap interpretasi yang tinggi. Pelajar antarabangsa lebih gemar menggunakan kamus semasa mempelajari bahasa Melayu untuk mencari dan mengetahui maksud kosa kata yang dipelajari. Lima strategi yang lain iaitu Strategi Penentuan, Sosial (penemuan), Sosial (pengukuhan), Kognitif dan Metakognitif berada pada tahap interpretasi yang sederhana. Kesimpulannya, strategi pembelajaran kosa kata boleh membantu pelajar untuk lebih menguasai bahasa sama ada di peringkat pembelajaran atau pengukuhan bahasa Melayu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kosa kata; Strategi pembelajaran; Bahasa Melayu; Pelajar antarabangsa |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 19986 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 26 Sep 2022 07:28 |
Last Modified: | 01 Oct 2022 16:17 |
Repository Staff Only: item control page