M.Kaviza, (2019) Analisis keperluan terhadap pembangunan modul aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah berasaskan penggunaan sumber-sumber Sejarah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (6). pp. 1-11. ISSN 1823-884x
|
PDF
291kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1205
Abstract
Sumber sejarah merupakan elemen penting dalam disiplin sejarah yang tidak dapat dipisahkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Pemartabatan mata pelajaran Sejarah pada peringkat peperiksaan nasional telah menyarankan murid-murid untuk belajar mata pelajaran Sejarah secara berterusan dari Tahun Empat sehingga ke Tingkatan Lima melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Keadaan ini telah menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah secara pengkajian dan penerokaan dengan meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif dalam kalangan murid, maka objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti sama ada terdapat suatu keperluan untuk membangunkan modul aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan sumber-sumber sejarah. Kajian tinjauan melalui soal selidik ini telah melibatkan seramai 92 orang guru Sejarah yang dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Data kajian ini dianalisis secara deksriptif melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat satu keperluan untuk membangunkan modul aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah berasaskan penggunaan sumber-sumber sejarah sebagai asas, panduan dan persediaan dalam memperkenalkan sumber-sumber sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah, di samping menyediakan pengalaman pembelajaran melalui aktiviti analisis sumber-sumber sejarah bagi membentuk pentafsiran dan pemahaman yang mendalam dalam kalangan murid. Implikasi kajian ini telah menyediakan maklumat awal tentang aspek-aspek yang perlu difokuskan seperti kebolehan murid, pendekatan pengajaran bersesuaian, bahan pembelajaran relevan dan sebagainya dalam proses pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Analisis keperluan; Modul aktiviti pengajaran dan pembelajaran; Penggunaan sumber-sumber sejarah |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 19988 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 27 Sep 2022 00:21 |
Last Modified: | 01 Oct 2022 16:27 |
Repository Staff Only: item control page