Azianura Hani Shaari, and Mohammad Rahim Kamaluddin, (2019) Buli siber : ketidaksantunan bahasa dan etika media sosial dalam kalangan remaja Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (6). pp. 1-16. ISSN 1823-884x
|
PDF
531kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1205
Abstract
Buli siber merupakan satu amalan komunikasi melalui teknologi yang bertujuan untuk mengecam, mengganggu, memalukan atau mengugut mangsa melalui perkataan yang negatif, penyebaran maklumat palsu mahupun perkongsian gambar atau video yang boleh menjatuhkan imej si mangsa. Buli siber merupakan satu masalah global yang memberi kesan negatif, terutamanya dalam kalangan remaja yang merupakan pengguna media sosial utama. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan bagaimana unsur-unsur ketidaksantunan dalam berbahasa serta ketidakpatuhan etika media sosial boleh membawa kepada jenayah buli siber di kalangan remaja. Dengan menggunakan kaedah penceritaan dalam mengupas kes-kes terdahulu, kertas ini akan membincangkan tentang beberapa kejadian buli siber antarabangsa yang mendapat liputan meluas di seluruh dunia. Selain dari itu, kertas ini juga membincangkan satu kajian terdahulu yang melihat corak ketidaksantunan bahasa dalam kalangan remaja Malaysia. Untuk mencapai objektif kajian, satu siri temubual serta pemerhatian telah dilakukan selama 12 bulan ke atas 120 orang remaja di Malaysia di mana 324, 362 perkataan telah berjaya dikumpulkan. Berdasarkan data yang diperolehi, penyelidik kemudiannya menjalankan satu analisis bahasa berasaskan teori ketidaksantunan (Culpeper 1996). Hasil kajian menunjukkan fenomena ketidaksantunan bahasa yang jelas dalam kalangan remaja di Malaysia. Kupasan kes beserta perbincangan hasil kajian yang dilakukan bersama teori-teori berkaitan diharap mampu memberi gambaran yang lebih jelas tentang jenayah buli siber dari sudut etika dan sosiobudaya serta amalan berbahasa dalam kalangan remaja.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Buli siber; Ketidaksantunan bahasa; Ketidakpatuhan etika; Analisis bahasa; Kajian kes |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 19990 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 27 Sep 2022 00:59 |
Last Modified: | 01 Oct 2022 16:29 |
Repository Staff Only: item control page