Impak ketidakakuran sivil terhadap landskap politik Malaysia

Zawiyah Mohd Zain, and Mohammad Agus Yusoff, (2019) Impak ketidakakuran sivil terhadap landskap politik Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (6). pp. 1-13. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
448kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1205

Abstract

Gerakan Reformasi tercetus apabila rakyat bangkit berdemonstrasi di ibu kota Kuala Lumpur pada tahun 1998 bagi membantah pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Bantahan tersebut dipelopori oleh golongan muda, mahasiswa dan masyarakat sivil. Namun, gerakan Reformasi hampir mati di permulaan era pemerintahan Abdullah Badawi. Ini kerana rakyat gembira dan terpesona dengan janjinya membawa perubahan politik negara untuk mengukuhkan demokrasi dan menegakkan integriti. Maka, Barisan Nasional (BN) memperoleh mandat besar dalam Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11) pada tahun 2004 yang merupakan pencapaian terbaik parti tersebut dalam sejarah politik Malaysia. Begitupun, sepinya Kuala Lumpur tidak lama kerana ketidakakuran sivil kembali menjadi pemandangan biasa di hujung pemerintahan Abdullah dan semakin marak di era Najib Razak. Persoalannya, apakah faktor yang mendorong kepada berlakunya ketidakakuran sivil tersebut? Sejauh manakah impak ketidakakuran sivil terhadap politik Malaysia? Makalah ini menggunakan data sekunder seperti buku dan jurnal untuk mendapatkan maklumat kajian. Data-data ini kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan dibincangkan secara tematik. Makalah ini berhujah ketidakakuran sivil menyebabkan kerajaan BN akur dengan tuntutan penambahbaikan proses demokrasi dan keadaan inilah yang membuka ruang kepada gabungan oposisi untuk mempromosikan kempen politiknya. Hasilnya, dalam PRU-14 pada 9 Mei 2018, BN buat pertama kalinya tewas setelah 61 tahun memerintah negara.

Item Type:Article
Keywords:Ketidakakuran sivil; Pilihan raya; Politik Malaysia; Reformasi; Demokrasi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19992
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Sep 2022 01:13
Last Modified:01 Oct 2022 16:31

Repository Staff Only: item control page