Zafir Khan Mohamed Makhbul, and Mohd Nazmy Abd Latif, (2019) Mengurus modal insan dalam industri 4.0 ke arah kecemerlangan negara. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (6). pp. 1-13. ISSN 1823-884x
|
PDF
394kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1205
Abstract
Perkembangan era globalisasi serta teknologi pengkomputeran dan automasi pada hari ini menunjukkan organisasi harus lebih bersedia menghadapi cabaran dalam mempertahankan kelebihan daya saing. Pelbagai inovasi dan idea baru cuba diperkenalkan ke dalam organisasi dan ia memerlukan komitmen semua pihak termasuklah modal insan. Dalam keghairahan menjayakan strategi organisasi di dunia perniagaan yang semakin mencabar, ada ketikanya organisasi meminggirkan sumber yang paling bernilai iaitu modal insan. Objektif kajian ini adalah untuk membahaskan komponen-komponen modal insan serta membincangkan strategi yang perlu dilaksanakan oleh organisasi untuk memperkasakan modal insan. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, artikel ini ditulis berlandaskan kepada beberapa sumber seperti jurnal dan media elektronik untuk menjelaskan konsep modal insan dengan lebih terperinci. Modal insan merupakan tunjang utama bagi kejayaan sesebuah organisasi berdepan cabaran Industri 4.0. Artikel ini membawa perspektif baru tentang bagaimana modal insan disuburkan (nurture) seiring dengan cabaran Industri 4.0. Artikel ini turut membincangkan komponen-komponen modal insan bagi sesebuah organisasi. Secara amnya, terdapat empat komponen utama modal insan yang telah dibincangkan dan dikaji secara meluas oleh penyelidik terdahulu iaitu pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan pendidikan. Perbincangan lanjut komponen-komponen modal insan turut diberi penekanan dalam artikel ini termasuk penambahan komponen kesihatan sebagai komponen modal insan kelima yang boleh mempengaruhi prestasi dan daya saing sesebuah organisasi. Selain itu, artikel ini juga membincangkan beberapa strategi yang boleh diambil oleh organisasi dari perspektif pengurusan sumber manusia bagi mengekalkan modal insan berkualiti dan berdaya saing. Dapatan daripada kajian ini akan memberikan gambaran yang jelas kepada masyarakat, penyelidik dan pengurus organisasi untuk melihat modal insan dan kepentingannya dalam menangani cabaran Industri 4.0.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Modal insan; Industri 4.0; Pengurusan sumber manusia; Daya saing organisasi |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 19997 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 27 Sep 2022 01:52 |
Last Modified: | 01 Oct 2022 16:36 |
Repository Staff Only: item control page