Nur Idientee Abd Halim, and Er, Ah Choy (2019) Permodenan politikal dalam sektor ekopelancongan di Pulau Langkawi, Kedah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (6). pp. 1-13. ISSN 1823-884x
|
PDF
398kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1205
Abstract
Kajian ini dilaksanakan bagi menganalisis hubungkait peranan antara pihak kerajaan dan pihak industri serta pihak masyarakat dalam pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi. Pulau Langkawi merupakan destinasi ekopelancongan yang mendapat perhatian pelancong dari dalam dan juga luar negara. Satu set kaji selidik telah diedarkan kepada 400 pelancong yang datang ke Pulau Langkawi pada bulan Oktober 2013. Set soalan kaji selidik yang dijawab oleh pelancong akan dianalisis mengunakan kolerasi Spearman untuk melihat hubungan peranan pihak kerajaan, pihak industri dan pihak masyarakat yang mana ianya adalah persoalan dan objektif kajian ini. Kolerasi ini dianalisis menerusi perisian SPSS 21. Pelbagai soalan terdapat dalam set soalan kaji selidik itu dan antara soalan adalah maklumat peribadi pelancong dan juga berkaitan dengan peranan pihak kerajaan, pihak industri dan pihak masyarakat dalam pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan peranan antara ketiga-tiga pihak dalam pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi dan kesimpulannya peranan yang dimainkan oleh setiap pihak adalah berhubungan secara langsung dalam membangunkan industri ekopelancongan dari semasa ke semasa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ekopelancongan; Industri; Kerajaan; Masyarakat; Peranan; Pulau Langkawi |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 19999 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 27 Sep 2022 02:31 |
Last Modified: | 01 Oct 2022 16:38 |
Repository Staff Only: item control page