Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau 2019 : isyarat peralihan sokongan rakyat kepada BN?

Suresh Kumar N Vellymalay, (2019) Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau 2019 : isyarat peralihan sokongan rakyat kepada BN? e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (6). pp. 1-10. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
395kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1205

Abstract

Artikel ini bertujuan membincangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) di Rantau, Negeri Sembilan yang diadakan pada 13 April 2019. Pilihan Raya Kecil Rantau menyaksikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) dengan undi majoriti yang besar. Sehubungan itu, artikel ini menjelaskan beberapa faktor yang telah memangkin kemenangan BN di Rantau; antaranya adalah kredibiliti calon, sentimen Melayu-Islam, sokongan pengundi bukan Melayu, janji-janji Manifesto PH PRU 14 dan sokongan pengundi muda. Selain itu, artikel ini juga membincangkan beberapa faktor yang menjadi kekangan kepada PH untuk merampas kerusi DUN dalam PRK Rantau seperti kekecewaan rakyat terhadap PH, kerjasama UMNO-PAS, sentimen Melayu-Islam oleh UMNO, budaya politik berkempen, kerjasama dalam kalangan parti komponen PH dan kebebasan media.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan raya kecil; Pengundi; Kerusi Parlimen; Barisan Nasional (BN); Pakatan Harapan (PH)
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20000
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Sep 2022 02:40
Last Modified:01 Oct 2022 16:39

Repository Staff Only: item control page