Simbolisme watak dan perwatakan berdasarkan konteks sosio-budaya masyarakat Malaysia dalam filem Ola Bola (2016)

Nor Ain Matnoh, and Zairul Anuar Md. Dawam, and Sim, Chee Cheang (2019) Simbolisme watak dan perwatakan berdasarkan konteks sosio-budaya masyarakat Malaysia dalam filem Ola Bola (2016). e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (6). pp. 1-13. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
701kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1205

Abstract

Watak dan perwatakan merupakan reprensentasi sosio-budaya yang memberi makna dan menyampaikan mesej kepada masyarakat. Ini dinyatakan oleh Fludernik (2009) bahawa watak dan perwatakan membawa kepada pembinaan makna kepada penonton. Justeru artikel ini menganalisis simbol watak dan perwatakan berdasarkan konteks sosio-budaya masyarakat Malaysia melalui filem Ola Bola (2016). Ia bertujuan membincangkan bagaimana watak dan perwatakan dalam filem ini mewakili kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Konsep Semiotik Ferdinand De Saussure (1857-1931) digunakan sebagai pendekatan kajian untuk menilai pemaparan simbol mengenai sosio-budaya melalui pemaparan watak dan perwatakan dalam keseluruhan filem ini. Kajian ini mendapati filem Ola Bola (2016) memaparkan kepentingan hubungan antara kaum (perpaduan) melalui persahabatan dan pengorbanan oleh watak dan perwatakan. Kajian juga mendapati pengucapan dialog dan perlakuan watak dan perwatakan menyampaikan mesej mengenai kepentingan agama dan penggunaan bahasa ibunda seperti Bahasa Malaysia, Tamil dan Cina. Selain itu melalui dialogs dan props, filem ini juga memaparkan penerimaan terhadap pengaruh unsur-unsur luar seperti Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Secara keseluruhannya, watak dan perwatakan dalam filem ini digunakan bagi menyampaikan mesej mengenai kepentingan jati diri bangsa Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Simbol; Semiotik; Sosio–budaya; Watak dan perwatakan; Filem
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20002
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Sep 2022 03:06
Last Modified:01 Oct 2022 16:41

Repository Staff Only: item control page