Nazihah Kamarudin, and Fauziah Ibrahim, and Nur Saadah Mohamad Aun, (2019) Tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa tahun akhir program kerja sosial. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (6). pp. 1-13. ISSN 1823-884x
|
PDF
509kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1205
Abstract
Tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan merupakan aspek penting dalam kalangan mahasiswa tahun akhir kerja sosial yang bakal menempuh alam pekerjaan sebagai pekerja sosial profesional. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk mengukur tahap tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa kerja sosial tahun akhir yang sedang mengikuti pengajian kerja sosial di UKM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif secara tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey). Seramai 30 orang mahasiswa program kerja sosial tahun akhir Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dipilih sebagai responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Analisis kajian menunjukkan bahawa mahasiswa kerja sosial tahun akhir menunjukkan tahap tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan pada tahap sederhana ke tahap yang tinggi. Hasil kajian memberi implikasi positif kepada pihak pengurusan universiti khasnya pengurusan program kerja sosial untuk menambahbaik program-program yang boleh membantu meningkatkan tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa program kerja sosial di UKM.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tingkah laku beretika; Keupayaan kepimpinan; Mahasiswa kerja sosial; UKM; Kuantitatif |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20003 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 27 Sep 2022 03:12 |
Last Modified: | 01 Oct 2022 16:42 |
Repository Staff Only: item control page