Pengurusan kewangan usahawan MADA : kajian kes di Kubang Pasu, Kedah

Alia Shafiqah Zainol, and Zaimah Ramli, (2019) Pengurusan kewangan usahawan MADA : kajian kes di Kubang Pasu, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (4). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
410kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Kegagalan sesetengah usahawan dalam bidang perniagaan berpunca daripada kelemahan pengurusan kewangan dan tahap pengetahuan yang tidak memuaskan mengenai amalan tersebut. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengukur tahap pengurusan kewangan usahawan MADA. Responden kajian ini adalah terdiri daripada 52 orang ahli agropreneur muda di sekitar kawasan Kubang Pasu, Kedah. Analisis statistik deskriptif dan analisis statisitik inferensi digunakan bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap pengurusan kewangan usahawan MADA masih di tahap memberangsangkan. Selain itu, lima faktor tersebut sesetengahnya ada mempengaruhi tahap pengurusan kewangan. Sesetengah usahawan tidak mengaplikasi pengurusan ini dalam perniagaan yang dijalankan melalui pemerhatian ketika kajian dilakukan. Tuntasnya, sesetengah usahawan tidak bersetuju dengan program atau pemerhatian oleh pihak MADA kerana banyak kelemahan dikenalpasti. Bagi memahami dengan lebih lanjut, dapatan ini perlu dilihat semula untuk mengetahui kelemahan dari sudut usahawan atau program yang dianjurkan dan faktor-faktor yang menjurusnya.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan kewangan; Pengetahuan; Kemahiran; Sikap; Pengalaman usahawan MADA
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20014
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Sep 2022 01:07
Last Modified:04 Oct 2022 06:21

Repository Staff Only: item control page