Konflik, penyesuaian hidup dan kualiti perkahwinan pada awal usia perkahwinan

Asila Nur Adlynd Mohd Shukry, and Siti Marziah Zakaria, (2019) Konflik, penyesuaian hidup dan kualiti perkahwinan pada awal usia perkahwinan. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (4). pp. 1-16. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
321kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Kadar kes penceraian semakin meningkat disebabkan oleh kemerosotan kualiti sesebuah perkahwinan dalam kalangan pasangan yang baru berkahwin. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka kualiti sesebuah perkahwinan berasaskan penyesuaian hidup dan konflik-konflik yang dihadapi oleh pasangan pada awal usia sesebuah perkahwinan. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan fenomenologi dengan penglibatan seramai 11 individu yang baru berkahwin dalam lingkungan sebulan hingga sepuluh tahun sebagai responden kajian dan telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Kaedah temubual separa berstruktur telah digunakan dalam proses pengumpulan data. Data telah dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian mendapati terdapat 5 tema utama iaitu toleransi, saling memahami, saling melengkapi, kematangan diri dan saling hormat-menghormati. Tema ini telah terbentuk berdasarkan objektif utama kajian iaitu untuk meneroka kualiti sesebuah perkahwinan pada awal usia perkahwinan. Dapatan kajian ini boleh memenuhi keperluan beberapa pihak seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan memantapkan lagi kursus perkahwinan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga boleh merangkakan pelan tindakan bagi meningkatkan kualiti perkahwinan dengan bantuan kajian ini. Kajian ini juga boleh membantu kaunselor untuk membina modul yang bersesuaian dengan isu sekarang bagi menjelaskan dan menyelesaikan konflik perkahwinan supaya dapat meningkatkan kualiti sesebuah perkahwinan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar kes penceraian di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kualiti perkahwinan; Penyesuaian hidup; Konflik perkahwinan; Pengurusan konflik; Awal usia perkahwinan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20015
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Sep 2022 01:14
Last Modified:04 Oct 2022 06:22

Repository Staff Only: item control page