Meneroka tekanan dan sokongan sosial dalam kalangan bapa tunggal

Ainnur Erwana Saharudin, and Khadijah Alavi, (2019) Meneroka tekanan dan sokongan sosial dalam kalangan bapa tunggal. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (4). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
358kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Bapa tunggal merupakan satu golongan yang kurang dititikberatkan oleh masyarakat termasuk agensi-agensi dan NGO yang memfokuskan kepada kebajikan masyarakat berbanding dengan ibu tunggal. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat merasakan bahawa golongan ini memiliki kekuatan fizikal dan mental yang tinggi memandangkan bapa tunggal adalah kaum lelaki. Namun, tidak dinafikan bahawa golongan bapa tunggal ini juga mengalami tekanan yang agak serius kerana sudah kehilangan satu semangat atau sokongan iaitu pasangan hidupnya. Kajian terdahulu lebih mefokuskan kepada ibu tunggal yang mendapat sokongan sosial daripada pelbagai agensi. Manakala, amat kurang kajian berkaitan permasalahan sokongan sosial terhadap bapa tunggal. Objektif utama kajian ini ialah meneroka tekanan dan sokongan sosial dalam kalangan bapa tunggal. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian kes. Teknik pengumpulan data kajian adalah melalui temubual berstruktur secara bertulis. Tujuh orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah daerah Kuala Selangor, Selangor. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi tekanan terhadap bapa tunggal iaitu emosi, pengurusan rumah tangga dan pekerjaan yang ditemukan menerusi transkrip informan kajian. Manakala sokongan sosial yang diperlukan oleh golongan bapa tunggal ialah kewangan, sokongan moral dan tempat bersembang. Implikasi kajian ini diharapkan dapat mencadangkan program intervensi dan advokasi yang sesuai kepada pekerja sosial dalam mengendalikan kes bapa tunggal dalam komuniti dan institusi.

Item Type:Article
Keywords:Tekanan; Emosi; Pengurusan rumah tangga; Sokongan sosial; Bapa tunggal
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20016
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Sep 2022 01:17
Last Modified:04 Oct 2022 06:23

Repository Staff Only: item control page