Fatin Noor Amirah Mamat, and Ishak Abd Rahman, (2019) Faktor pemilihan pekerjaan dalam kalangan prasiswazah : kajian di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (4). pp. 1-18. ISSN 2600-9501
|
PDF
387kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan dalam kalangan pelajar prasiswazah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kajian ini dijalankan dengan melihat faktor minat, faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan faktor bakat yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan pelajar. Responden kajian ini adalah terdiri dari 104 orang pelajar dalam pelbagai bidang kursus. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan analisis kebolehpercayaan, analisis deskriptif, analisis korelasi Pearson dan analisis regresi berbilang. Satu set borang soal-selidik secara ‘online’ telah diedarkan kepada responden bagi mengumpul data dan maklumat yang diperlukan. Data yang terkumpul telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Hasil dapatan menunjukkan faktor minat mempengaruhi pemilihan pekerjaan dalam kalangan pelajar prasiswazah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Faktor pemilihan pekerjaan; Minat; Keluarga; Rakan sebaya; Bakat |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20017 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 28 Sep 2022 01:23 |
Last Modified: | 04 Oct 2022 06:24 |
Repository Staff Only: item control page