Anis Shahirah Zulkifli, and Suziyani Mohamed, (2019) Tahap pengetahuan guru dalam mengurus tingkah laku Murid Berkeperluan Khas (MBK). Jurnal Wacana Sarjana, 3 (4). pp. 1-7. ISSN 2600-9501
|
PDF
346kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...
Abstract
Murid Berkeperluan Khas (MBK) seringkali dilihat mempunyai tingkah laku yang berbeza dengan murid tipikal yang lain. Sebagai pembentuk tingkah laku, guru Pendidikan Khas perlu memahami cara mengurus tingkah laku demi membentuk insan yang mampu berfikir pada aras yang tinggi, menyelesaikan masalah secara berdikari dan menghargai keunikan individu. Guru Pendidikan Khas memerlukan tahap pengetahuan yang tinggi dan kebijaksanaan untuk mengurus tingkah laku MBK secara professional berlandaskan falsafah dan teori tingkah laku yang bersesuaian. Maka, sebuah kajian tinjauan dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan guru Pendidikan Khas dalam mengurus tingkah laku MBK. Tingkah laku negatif MBK ini menimbulkan permasalahan jika dibiarkan. Bagi membantu MBK mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif, guru wajar merancang dan melaksanakan amalan pengajaran berkesan melalui amalan praktikal dan penggabungan ilmu pengetahuan. Alat kajian merupakan soal-selidik yang mengandungi item-item berkaitan demografi peserta kajian dan tahap pengetahuan guru pendidikan khas apabila mengurus tingkah laku MBK yang diukur melalui penggunaan peneguhan positif dan peneguhan negatif. Soal selidik ini diisi di ‘google form’ dan disebarkan kepada responden melalui aplikasi ‘Whatsapp’.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengurusan tingkah laku; Tingkah laku negatif; Pengukuhan positif; Pengukuhan negatif |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20018 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 28 Sep 2022 01:38 |
Last Modified: | 04 Oct 2022 06:25 |
Repository Staff Only: item control page