Pemerkasaan wanita melalui pendidikan di Pakistan : suatu kajian terhadap perjuangan Malala Yousafzai

Hanana Bamadhaj Omar, and Mahfudzah Mustafa, (2019) Pemerkasaan wanita melalui pendidikan di Pakistan : suatu kajian terhadap perjuangan Malala Yousafzai. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (4). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
491kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Isu gender merupakan suatu isu yang kini tidak lagi dipandang sebelah mata oleh masyarakat dunia, termasuklah aktor negara mahupun aktor bukan negara. Isu wanita sebagai “jantina yang kedua” bukanlah merupakan sesuatu isu yang direka-reka, namun isu ini merupakan sebuah realiti. Kesaksamaan gender merupkan satu daripada 17 matlamat yang diutarakan oleh United Nations Development Program (UNDP) di dalam Sustainable Development Goals (SDG) yang bertujuaan untuk mencapai kesaksamaan dan pemerkasaan. Kertas kerja ini memberikan perhatian kepada Pakistan atas sebab kedudukan Pakistan yang merisaukan di Global Gender Gap Index, dengan berada di kedudukan 148 dari 149 pada 2018. Kertas kerja ini bertujuan untuk membuktikan bagaimana diskriminasi di Pakistan itu benar wujud terutama sekali di bawah pimpinan Taliban Pakistan. Skop kajian difokuskan kepada perjuangan Malala Yousafzai dalam memperkasakan wanita melalui pendidikan oleh kerana hak berpendidikan merupakan satu masalah yang paling menonjol di kalangan wanita di Pakistan. Kertas ini akan menganalisis sejauh mana perjuangan Malala dalam memperjuagkan hak wanita untuk mendapat pendidikan di Pakistan. Kajian ini ingin membantu meningkatkan kesedaran manusia sejagat tentang kepentingan kesamarataan jantina terutamanya dalam pendidikan.

Item Type:Article
Keywords:Pemerkasaan Wanita; Hak berpendidikan; Malala Yousafzai; Taliban; Kesamarataan gender
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20019
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Sep 2022 01:54
Last Modified:04 Oct 2022 06:26

Repository Staff Only: item control page