Permainan Mobile Legends dalam kalangan wanita di Hulu Langat, Selangor : analisis terhadap faktor dan kesan

Ahnantha Rao Pushpunathan, and Muhammad Adnan Pitchan, (2019) Permainan Mobile Legends dalam kalangan wanita di Hulu Langat, Selangor : analisis terhadap faktor dan kesan. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (4). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
362kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak permainan telefon pintar yang inovatif telah dibentuk dalam talian untuk menghiburkan masyarakat termasuk permainan Mobile Legends yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton. Kini, permainan Mobile Legends semakin popular dalam kalangan wanita kerana permainannya yang agak mudah dan tambahan pula internet dan telefon pintar. Oleh itu, kajian ini berobjektif untuk melihat faktor dan kesan permainan Mobile Legends dalam kalangan wanita di kawasan Hulu Langat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana seramai 18 orang informan wanita telah ditemubual melalui teknik kumpulan fokus. Kawasan Hulu Langat dipilih sebagai lokasi kajian kerana menurut banci penduduk dan perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia, kawasan Hulu Langat mempunyai penduduk wanita kedua paling ramai dari umur 10 hingga 29 di negeri Selangor. Hasil dapatan kajian juga telah menemukan faktor utama yang menyebabkan wanita bermain permainan Mobile Legends adalah untuk mengisi masa lapang, pengaruh rakan sebaya serta pembaharuan ciri-ciri permainan. Hasil dapatan juga menujukkan kesan permainan Mobile Legends kepada wanita terbahagi kepada dua iaitu kesan positif dan negatif. Kesan positif yang diperolehi oleh wanita adalah dapat meningkatkan fokus, perasaan gembira, mengurangkan tekanan dan cekap dalam membuat keputusan manakala kesan negatif yang diperolehi adalah emosi terganggu ketika bermain permainan Mobile Legends dan kurang kemahiran komunikasi.

Item Type:Article
Keywords:Permainan mobile legends; Wanita; Internet; Telefon pintar; Komunikasi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20021
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Sep 2022 02:55
Last Modified:04 Oct 2022 06:27

Repository Staff Only: item control page