Adaptasi budaya pelajar Malaysia yang mengikuti program pertukaran pelajar AIMS di negara Jepun

Ahmad Afiq Md Hashim, and Abdul Latiff Ahmad, (2019) Adaptasi budaya pelajar Malaysia yang mengikuti program pertukaran pelajar AIMS di negara Jepun. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (4). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
141kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian adaptasi budaya pelajar Malaysia yang telah mengikuti program pertukaran pelajar AIMS. Kajian ini juga hanya mengkhususkan terhadap pelajar Malaysia yang telah mengikuti program ini selama satu semester di mana-mana universiti yang ditawarkan kepada mereka di Jepun. Bagi melakukan kajian ini, metodologi kajian yang telah digunakan ialah kaedah kualitatif serta pengumpulan data yang menggunakan teknik temu bual mendalam dan kajian kepustakaan. Berdasarkan kajian pengkaji. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, pada model antarabudaya yang menggunakan lekuk W, pengkaji telah menghuraikan kepada dua bahagian bagi menunjukkan perbandingan iaitu semasa dan berada di negara luar dan sekembalinya mereka ke Malaysia. Selain itu, dapatan kajian juga merangkumi aspek cabaran yang dialami oleh pelajar yang mengikuti program ini. Antara cabaran terbesar mereka adalah budaya, makanan, bahasa dan kewangan. Seterusnya dapatan akhir juga menceritakan mengenai impak yang diperolehi oleh peserta. Antara impak yang diperolehi peserta adalah mereka lebih berdikari, bersifat terbuka dan sentiasa merendahkan diri.

Item Type:Article
Keywords:Adaptasi; Program pertukaran pelajar; Kejutan budaya; Cabaran antarabudaya; Impak
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20022
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Sep 2022 03:01
Last Modified:04 Oct 2022 06:28

Repository Staff Only: item control page