LGBT dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam

Fadzilah Abdullah, and Noremy Md Akhir, (2019) LGBT dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (4). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
436kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) merupakan golongan yang berperilaku songsang dan salah dari segi norma masyarakat mahupun dari sudut agama. Namun begitu, golongan LGBT ini semakin giat dan aktif berkembang dalam masyarakat kita hari ini. Perkara yang lebih merunsingkan adalah apabila golongan ini terdiri daripada mereka yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka faktor pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terlibat dalam LGBT. Kajian yang dijalankan adalah dalam bentuk kualitatif dengan menggunakan reka bentuk fenomenologi. Kaedah temu bual secara mendalam bersama tujuh (7) orang responden yang terdiri daripada mahasiswa IPTA dijalankan dengan menggunakan teknik persempelan snow ball. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan tematik analisis. Hasil dapatan kajian mendapati factor penglibatan LGBT adalah disebabkan oleh personaliti semula jadi, pengaruh persekitaran sosial, sokongan sosial berbentuk material, pengalaman mengalami gangguan seksual, kurang kasih sayang dan sokongan dari ahli keluarga, rangsangan seksual, keinginan dan kepuasan seksual, kesunyian, pengaruh rakan sejenis dan orientasi seksual. Kajian ini diharapkan dapat membantu profesion kerja sosial, psikologi mahupun kaunseling dalam memahami golongan LGBT dan membantu mereka dengan merangka intervensi yang terbaik dalam membantu golongan LGBT terus sejahtera dalam kehidupan mereka.

Item Type:Article
Keywords:LGBT; Mahasiswa IPTA; Faktor penglibatan; Kajian kualitatif; Rangsangan seksual
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20023
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Sep 2022 03:06
Last Modified:04 Oct 2022 06:29

Repository Staff Only: item control page