Norazila Mat, and Noridayu Idris, and Nur Atiqah Abdullah, and Zaleha Yazid, and Jamsari Alias, (2018) Hubungan antara beban kerja, faktor peribadi, dan pembelajaran-E terhadap tahap tekanan di kalangan Gen-Y. Jurnal Personalia Pelajar, 21 (2). pp. 23-35. ISSN 0128-2735
|
PDF
933kB |
Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...
Abstract
Stres atau tekanan merupakan tindak balas mental, fizikal dan emosi seseorang individu apabila menghadapi sesuatu situasi. Stres juga merupakan penyebab kepada penyakit mental. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjangkakan pada tahun 2020 penyakit mental adalah penyakit kedua tertinggi di dunia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor dan tahap tekanan dalam kalangan mahasiswa Gen-Y di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Faktor tekanan yang dikaji adalah beban kerja, faktor peribadi (hubungan interpersonal) dan pembelajaran-e. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam menentukan perhubungan semua pemboleh ubah tidak bersandar (beban kerja, hubungan interpersonal, dan pembelajaran-e) dan pemboleh ubah bersandar (tahap tekanan). Seramai 150 orang mahasiswa telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Setiap hipotesis telah diuji menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa beban kerja dan faktor peribadi (hubungan interpersonal) mempengaruhi tekanan, namun berbeza dengan pembelajaran-e yang tidak mempengaruhi tekanan dalam kalangan mahasiswa. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan tahap tekanan dalam kalangan mahasiswa mengikut bangsa, fakulti dan jantina kecuali tahun pengajian. Hasil kajian ini dapat memberikan maklumat penting kepada pihak pengurusan sebagai panduan untuk memupuk sifat positif dan dinamik dalam kalangan mahasiswa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Beban kerja; Faktor peribadi; Pembelajaran-e; Tahap tekanan |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 20026 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 28 Sep 2022 04:39 |
Last Modified: | 04 Oct 2022 06:40 |
Repository Staff Only: item control page