Faktor tingkah laku merokok dalam kalangan mahasiswa universiti

Mahathir Yahaya, and Noremy Md Akhir, and Mohd Nazrie Sulaiman, (2018) Faktor tingkah laku merokok dalam kalangan mahasiswa universiti. Jurnal Personalia Pelajar, 21 (2). pp. 37-44. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
793kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Tingkah laku merokok dianggap sebagai aktiviti negatif yang boleh memberi kesan terhadap kesihatan khususnya kepada individu, keluarga dan masyarakat. Sebahagian perokok di Malaysia adalah daripada golongan remaja. Begitu juga, mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi, mereka juga terdiri daripada golongan remaja yang mempunyai keinginan yang sama dan tidak terkecuali daripada tingkah laku merokok. Namun, apakah sebenarnya faktor yang mempengaruhi mahasiswa terlibat dalam tingkah laku merokok sedangkan mereka sering dijadikan model dan idola kepada golongan remaja. Malah mahasiswa juga sering dianggap sebagai aset dalam tunjang pembangunan negara pada masa hadapan. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka faktor yang mendorong mahasiswa terlibat dalam tingkah laku merokok. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kajian kes sebagai reka bentuk kajian. Seramai enam orang perokok tegar yang terdiri daripada pelajar tahun akhir peringkat ijazah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dipilih sebagai responden menggunakan persampelan snow ball (bola salji). Teknik pengumpulan data yang digunakan adalah temu bual secara bersemuka menggunakan panduan soalan semi struktur. Data yang diperoleh seterusnya dianalisis menggunakan tematik analisis. Hasil kajian yang dijalankan mendapati, faktor yang mempengaruhi responden dalam tingkah laku merokok adalah pengaruh rakan, tekanan, kepuasan peribadi, sifat ingin tahu dan persepsi peribadi. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini diharap akan dapat membantu pihak universiti merangka tindakan khusus atau menambah baik intervensi sedia ada bagi memastikan mahasiswa universiti bebas daripada tingkah laku merokok.

Item Type:Article
Keywords:Tingkah laku merokok; Faktor merokok; Mahasiswa
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:20027
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Sep 2022 04:52
Last Modified:04 Oct 2022 06:41

Repository Staff Only: item control page