Nur Syaza Hanin Abdul Rahman, and Nor Jana Saim, and Norulhuda Sarnon@Kusenin, and Ezarina Zakaria, (2018) Pengetahuan dan persepsi mengenai baby hatch dalam kalangan pelajar profesion menolong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jurnal Personalia Pelajar, 21 (2). pp. 59-69. ISSN 0128-2735
|
PDF
902kB |
Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...
Abstract
Kajian dijalankan bagi mengetahui pengetahuan dan persepsi pelajar profesion menolong di Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap pusat khidmat perlindungan bayi (baby hatch). Populasi kajian ini adalah lebih kurang 560 orang yang terdiri daripada pelajar prasiswazah dan siswazah di UKM dalam bidang psikologi, kaunseling dan kerja sosial. Seramai 294 responden kajian telah dipilih secara pensampelan bertujuan. Data dikutip menggunakan menggunakan satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian; demografi, pengetahuan dan persepsi. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 23. Hasil kajian yang dijalankan mencatatkan nilai purata min bagi mengkaji pengetahuan profesion menolong mengenai baby hatch adalah 2.13. Ini menunjukkan bahawa sebahagian responden kurang pengetahuan tentang perkhidmatan baby hatch di Malaysia. Kajian juga mendapati hampir separuh responden bersetuju perkhidmatan baby hatch diadakan di Malaysia. Walau bagaimanapun, sebahagian besar responden tidak pasti adakah perkhidmatan baby hatch bersesuaian dengan budaya masyarakat dan kepercayaan agama di Malaysia. Hasil kajian ini diharap dapat menyediakan maklumat berguna kepada semua pihak, pelajar juga pihak universiti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Baby hatch; Pengetahuan; Persepsi; Profesion Menolong & Malaysia |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 20029 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 28 Sep 2022 06:32 |
Last Modified: | 04 Oct 2022 06:46 |
Repository Staff Only: item control page