Persepsi pelajar FEP terhadap perkhidmatan bas UKM

Wan Nuur Wan Mansor, and Norain Mod Asri, and Norshamliza Chamhuri, (2018) Persepsi pelajar FEP terhadap perkhidmatan bas UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 21 (2). pp. 71-84. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Kewujudan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menuju ke arah pembelajaran di luar kelas telah mengubah corak penggunaan pengangkutan oleh pelajar. Keperluan pelajar dalam memenuhi tuntutan aktiviti kokurikulum, kuliah di samping aktiviti berdasarkan penilaian bukan peperiksaan telah membawa kepada permintaan tinggi terhadap pengangkutan awam yang lebih fleksibel dan efisien. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar menggunakan pengangkutan bas yang disediakan oleh pihak universiti. Kajian ini melibatkan 150 orang responden yang terdiri daripada pelajar prasiswazah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Pengumpulan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik berbentuk soalan tertutup dan skala Likert. Hasil kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) secara deskriptif dan faktor analisis. Dapatan kajian menggunakan kaedah faktor analisis mendapati empat (4) komponen faktor penting yang mempengaruhi permintaan pelajar iaitu “kualiti perkhidmatan”,“kepuasan dan positif”, “sukar diharapkan” (unreliable) dan “ride-hailing”.

Item Type:Article
Keywords:Bas; Pengangkutan; Aktiviti pelajar; Penilaian bukan peperiksaan; Analisis faktor
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:20030
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Sep 2022 06:46
Last Modified:04 Oct 2022 06:47

Repository Staff Only: item control page