Amalan keselamatan siber dalam kalangan pelajar B40 terhadap aktiviti pembelian dalam talian

Fatin Akila Ramlee, and Muhammad Adnan Pitchan, (2018) Amalan keselamatan siber dalam kalangan pelajar B40 terhadap aktiviti pembelian dalam talian. Jurnal Personalia Pelajar, 21 (2). pp. 85-93. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
789kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Internet merupakan antara medium yang digunakan oleh golongan pelajar untuk mencari maklumat, kenalan, membeli-belah dan sebagainya. Fenomena Internet ini telah menarik minat pelajar untuk menggunakannya dengan lebih kerap kerana hasil daripada ledakan perkembangan teknologi dalam negara. Kini pembelian dalam talian semakin popular dalam kalangan pelajar terutama mereka yang berada dalam kategori B40 kerana kemudahan yang terdapat dalam Internet selain minat pelajar itu sendiri. Peningkatan ini turut membawa pelbagai kebimbangan kerana peluang pelajar terdedah kepada ancaman siber adalah sangat tinggi ketika mereka membuat pembelian dalam talian sekiranya aspek-aspek keselamatan tidak diutamakan oleh pelajar. Oleh itu, kajian ini telah memilih Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai tempat kajian di mana kajian ini melihat kepada amalan keselamatan siber pelajar terutama golongan B40 ketika membuat pembelian dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana seramai 19 orang informan B40 telah ditemu bual melalui teknik kumpulan fokus. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar B40 mengamalkan dan mempunyai pengetahuan terhadap keselamatan siber semasa menggunakan Internet terutamanya ketika melakukan aktiviti pembelian dalam talian. Selain itu, pakaian adalah antara barang popular yang dibeli oleh pelajar B40 melalui dalam talian. Hasil kajian juga menunjukkan laman sesawang rasmi menjadi pilihan utama pelajar B40 berbanding media sosial seperti Instagram dalam melakukan proses pembelian barangan.

Item Type:Article
Keywords:Pembelian dalam talian; Pelajar B40; Internet; Amalan; Keselamatan siber
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:20031
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Sep 2022 06:50
Last Modified:04 Oct 2022 06:48

Repository Staff Only: item control page