Penghasilan model 3D tapak parking menggunakan Terrestrial Laser Scanner

Sharifah Lailaton Khadijah Syed Abdullah, and Siti Kamisah Mohd Yusof, (2022) Penghasilan model 3D tapak parking menggunakan Terrestrial Laser Scanner. Jurnal Kejuruteraan, 34 (3). pp. 411-419. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-3403-2022/

Abstract

Teknologi Terrestrial Laser Scanner (TLS) kini telah berkembang dalam bidang pemetaan dan pemodelan di mana kelebihan yang dihasilkan oleh alat ini antaranya adalah kelajuan pengambilan data, ketepatan tinggi dan menjimatkan masa. Salah satu penggunaan teknologi TLS ini adalah untuk menganalisis objek real world yang tepat pada permukaan serta bentuk objek kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk 3 Dimensi. TLS sering digunakan dalam berbagai bidang seperti Kejuruteraan Awam atau Arkeologi untuk pemodelan objek, tinjauan volume terowong, Sistem Maklumat Geografi (GIS), dan juga untuk mempertahankan bentuk perincian warisan budaya. Walau bagaimanapun TLS ini masih belum diuji keupayaannya bagi menghasilakan 3 Dimensi (3D) untuk tapak letak kenderaan (parking). Dalam projek ini, penghasilan model 3D tapak parking menggunakan TLS dijalankan bagi membuktikan keupayaan TLS dalam menghasilkan dan menganalisis objek real world. Projek ini telah dijalankan di tapak parking Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kuala Lumpur. Kaedah yang digunakan bagi penghasilan model 3D tapak parking JUPEM adalah menggunakan peralatan 3D Terrestrial Laser scanner (TLS) jenis Leica ScanStation C10, pendaftaran imej point cloud, permodelan primitif 3D menggunakan perisian Cyclone dan permodelan pamertrik 3D menggunakan perisian Autodesk Revit. Dengan penghasilan model 3D tapak parking ini dapat membantu pihak JUPEM dalam menhasilkan pelan butiran secara 3D dan kaedah terbaru dapat mempercepatkan hasil kerja pengambilan butiran bagi sesuatu objek dan dapat dipersembahkan dalam bentuk yang nyata tanpa perlu turun ke tapak projek dan sebagainya. Selain daripada itu, dengan wujudnya penggunaan permodelan 3D menggunakan laser scanner ini diharap dapat membantu orang awam, jurutera, dan para pengguna yang lain untuk mengetahui kedudukan dan infrastruktur dalaman setiap bangunan dengan mudah.

Item Type:Article
Keywords:Terrestial Laser Scanning; Autodesk revit; Permodelan 3D
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:20041
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2022 01:04
Last Modified:07 Oct 2022 08:02

Repository Staff Only: item control page