Noor Halim Nordin, and Zaid Ahmad, (2019) Jaringan keselamatan sosial di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (7). pp. 1-13. ISSN 1823-884x
|
PDF
395kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1208
Abstract
Perkembangan pesat arus globalisasi sekitar tahun 1990-an telah mengurangkan peranan negara dalam pembangunan di negara-negara yang sedang membangun. Dalam hal ini, pelaksanaan jaringan keselamatan sosial di Malaysia memerlukan sebuah dasar sosial yang bersifat jangka panjang. Dasar sosial tersebut berperanan memberikan bantuan kepada kelompok yang kurang mendapat manfaat daripada program pembangunan ekonomi dan sosiopolitik agar selari dengan pengamalan dalam sistem kapitalisme kebajikan. Kajian ini mengkaji peranan negara dalam melaksanakan jaringan keselamatan sosial melalui program jangka panjang dalam pembangunan sosial di Malaysia. Kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif yang bersifat teoretikal dan empirikal termasuklah kaedah temu bual dengan sumber autoritatif dan juga kajian di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat mengenai teori-teori ekonomi dan politik di Malaysia. Malaysia memiliki potensi untuk menjadi sebuah negara kebajikan walaupun terdapat beberapa masalah untuk menguruskannya. Malaysia mengambil kira kepentingan peranan pasaran atau sektor swasta khususnya dalam usaha untuk mengurangkan beban negara dalam menyediakan dan menguruskan bantuan kebajikan sosial kepada rakyat. Oleh itu, kerjasama negara dengan pasaran iaitu sektor swasta dilihat memberi kesan khususnya kepada perkembangan pelaksanaan jaringan keselamatan sosial di Malaysia––merujuk kepada konteks pembangunan kapasiti yang menyumbang kepada tenaga kerja di sektor awam dan swasta pada masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Jaringan keselamatan sosial; Dasar sosial; Sistem kapitalisme; Negara kebajikan; Sektor swasta |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20052 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Oct 2022 04:17 |
Last Modified: | 07 Oct 2022 08:35 |
Repository Staff Only: item control page