Siti Marziah Zakaria, and Salina Nen, and Abdul Rahman Ahmad Badayai, and Nor Hazila Mat Lazim, (2019) Kualiti perkahwinan pada fasa pertama perkahwinan (1-10 tahun) : pengaruh gaya komunikasi dan penyesuaian hidup. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (7). pp. 1-11. ISSN 1823-884x
|
PDF
421kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1208
Abstract
Kualiti perkahwinan telah dikaji selama beberapa dekad tetapi penemuan masih berubah-ubah kerana adanya harapan dan permintaan individu yang realistik atau idealistik. Walau bagaimanapun, 10 tahun pertama perkahwinan dilihat sebagai satu fasa yang paling mencabar bagi pasangan berkahwin kerana kedua-dua pasangan perlu menangani hidup dan menyesuaikan diri dalam alam perkahwinan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya komunikasi dan penyesuaian hidup terhadap kualiti perkahwinan dalam pasangan suami isteri yang telah berkahwin antara satu hingga 10 tahun. Sejumlah 340 responden berusia antara 20 hingga 40 tahun telah terpilih untuk kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah kajian silang rentas. Responden diberi satu set soal selidik yang terdiri daripada maklumat demografi, skala kualiti perkahwinan, skala gaya komunikasi, dan skala penyesuaian hidup. Berdasarkan hasil regresi berganda, kedua-dua gaya komunikasi (gaya komunikasi terbuka vs gaya komunikasi negatif) dan penyesuaian hidup adalah peramal yang signifikan kepada kualiti perkahwinan dalam kalangan pasangan muda (1-10 tahun perkahwinan) di Malaysia. Kedua-dua peramal menyumbang kepada sejumlah besar varians perkahwinan berkualiti. Kesimpulannya, gaya komunikasi terbuka dan penyesuaian hidup boleh menjadi elemen penting dalam menjamin dan mengekalkan sesebuah perkahwinan dalam jangka masa panjang. Kedua-dua peramal ini juga boleh dicadangkan sebagai modul pasca perkahwinan untuk pasangan berkahwin kurang daripada 10 tahun.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kualiti perkahwinan; Penyesuaian hidup; Komunikasi; Pasangan muda |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20056 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Oct 2022 04:49 |
Last Modified: | 07 Oct 2022 08:40 |
Repository Staff Only: item control page